Saturday, February 4, 2012

GAMBARAN H.O.N.K.

Pandangan dari luar House Of Nasi Kerabu...


Pandangan Dalam H.O.N.K.


Nasi Kerabu NARA.... Ini adalah RESIPI TURUN-TEMURUN kami yang wajib anda cuba!...

INFO NASI KERABU NARA [Since 1949]

Nasi Kerabu NARA adalah sempena satu nama daerah di Selatan Thailand iaitu Narathiwat. Di daerah inilah Pengasas House of Nasi Kerabu iaitu Puan Hajjah Jaharah binti Omar dilahirkan pada tahun 1949 [Since 1949]. Resipi Nasi Kerabu NARA ini telah diwarisi dan diperturunkan oleh beberapa generasi keturunan beliau sejak zaman berzaman lagi. Beliau bersama suami, Allahyarham Mamat bin Daud telah berhijrah dan menetap di Kota Bharu Kelantan sekitar tahun 60an dengan membuka gerai makan yang menjual Nasi Kerabu NARA. Kedai terakhir mereka sebelum penubuhan House of NASI KERABU adalah di bawah Pasar Besar Lama yang juga dikenali sebagai Pasar MPKB.

Uniknya Nasi Kerabu NARA ini adalah terletak pada bahan-bahan campuran didalam proses penyediaan Nasi Kerabu NARA ini. Dimana warna biru Nasi Kerabu NARA tersebut dihasilkan daripada ekstrak jus daun mengkudu yang membuatkan bau nasi menjadi wangi, Budunya terlebih dahulu dimasak dengan herbal istimewa terpilih, Kerisik kelapa yang diadun bersama rempah ratus terpilih, Sambal ikan yang diproses halus dan teliti dalam penyediaannya dan juga ulam-ulaman kampung. Campuran bahan-bahan tersebut menjadikan Nasi Kerabu NARA rasa yang begitu nikmat dan teruja bagi setiap hidangannya.


Nasi Kerabu TUMIS...


Ayam Percik, Ikan Goreng Celup Tepung Solok Lada Hijau...


Nasi Dagang Ayam


Nasi Berlauk Ikan TONGKOL...


Bihun Goreng SANTAN NARA - yang ni mesti kena cuba.. dan Nasi Goreng Kampung... TERBAEKKKK lah...


Secawan kopi 'O' sebelum "menoreh" (kerja)... Perghhhh.. Cawan Classic dan SUDU tu yg special sekali... teringat masa atuk pertama kali bawa ke kedai kopi sekitar bandar Kota Bharu dulu2...


Air Botol Classic Sejak Berzaman pun ada.... Kembali NOSTALGIA lama.. teringat tahun 70 an dulu-dulu... Seluar "bell bottom"... berkasut tumit tinggi.. rambut afro... hurmmm

No comments: